Harry Maguire Mahu Bawa Manchester United Ke Puncak
Dunia
Harrymaguire93
Advertisements

Pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire berazam dan berusaha untuk membawa Manchester United ke puncak pada masa hadapan.

Pemain berusia 29 tahun itu akui mengalami jalan yang agak sukar sebagai seorang pemain selepas aksi tidak konsistennya telah menyebabkan United tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Beliau juga bersikap positif walaupun prestasinya agak merudum, beliau tetap akan berjuang dan terus melihat kehadapan memperbaiki kelemahan yang ada.

Advertisements

“Anda perlu berjuang, anda akan pergi melalui kemunduran dan pada musim lepas sudah tentu satu kemunduran untuk diri saya sendiri laluan kerjaya,” katanya.

“Tetapi bagi saya ia di belakang kita sekarang dan kita melihat ke hadapan untuk masa depan dan mendapatkan kelab ini kembali memenangi trofi,” ujarnya.

Sebelum ini, Gareth Soutghate pernah menyatakan pasukan Manchester United beruntung kerana memiliki pertahanan dengan kualiti seperti Maguire kerana sudah pasti ia memberi kelebihan yang cukup besar di atas padang.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Southgate juga mengakui pemain England itu merupakan antara pilihan utama oleh mana-mana jurulatih yang membimbingnya.

Kini, United dalam proses untuk memulihkan semula pasukan menjelang musim baharu dalam usaha untuk mencabar kejuaraan pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram