Harry Maguire Seolah-Olah Menyindir Ralf Rangnick
Dunia
Advertisements

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire telah mengeluarkan satu kenyataan yqng seolah-olah menyindir bekas jurulatihnya, Ralf Ragnick.

Pertahanan kebangsaan England itu mengulas mengenai kehadiran jurulatih baharu, Erik Tan Hag yang sudah pasti membawa semangat dan aura baharu ke kelab tersebut.

Beliau juga yakin Ten Hag mampu untuk memberikan impak yang selayaknya buat The Red Devils untuk kembali bangkit ke pangkal jalan selepas melalui musim yang agak suram.

Advertisements

“Jurulatih baharu akan membawa lebih banyak aura positif.”

Sambil itu, Maguire turut menceritakan bahawa mereka sudah pun melalui permulaan musim yang agak cemerlang di bawah kendalian Ole Gunnar Sloksjaer dengan memungut mata demi mata.

Namun begitu, beliau sedar cabaran United untuk memburu kejuaraan semakin pudar menjelang pertengahan musim sehingga memaksa Ole meninggalkan jawatannya dan digantikan oleh Ragnick.

Advertisements

Kini, United dalam proses untuk memulihkan semula pasukan menjelang musim

baharu dalam usaha untuk mencabar kejuaraan pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram