Bekas penyerang PJ City dan Liberia yang baru sahaja menyertai pasukan Kedah FA, Kpah Sherman berjaya melakukan hatrik pertama beliau bersama pasukan Kedah apabila berjaya menjaringkan 3 gol pertama skuad kendalian Aidil Sharin ketika Kedah menewaskan Boeung Ket FC 4-1.
Gol tunggal pasukan Boeung Ket FC pula dijaringkan pada minit ke 70 melalui sepakan bebas yang diberikan oleh pengadil, sebelum Zaquan Adha menjaringkan gol ke-4 Kedah.

Dengan kemenangan ini juga bakal memberikan satu tonik serta motivasi kepada pemain-pemain pasukan Kedah FA yang akan turun bertemu pasukan Tai Po FC dari Hong Kong dalam pusingan 2 kelayakan Play-Off AFC Champions League 2020 di Alor Setar pada 21 Januari nanti.
Pengalaman serta latihan termasuk 5 perlawanan pra-musim di Kemboja bakal menjadi medan utama pengendali pasukan Kedah FA, Aidil Sharin untuk memperkemaskan pasukan itu sebelum aksi di Alor Setar dimana Kedah berpeluang untuk layak ke pusingan play-off bertemu FC Seoul dari Korea Selatan.
Berbaki 2 lagi perlawanan, bertemu Angkor Tiger dan juga Phnom Penh Crown FC, Kedah pastinya mahu mampamerkan aksi terpuji sebelum kembali ke Malaysia pada 15 Januari 2020.