Hatrik Sempurna Bergson Da Silva
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva meraih hatrik sempurna dalam aksi terbaru Liga Super menentang Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).

Pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman mendapati Bergson telah meraih hatrik sempurna dalam babak pertama perlawanan itu.

Selepas menyumbat gol menerusi tandukan seawal minit pertama, penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu menyumbat dua lagi gol menerusi kaki kanan dan kaki kiri.

“Hatrik sempurna dari Bergson,” katanya di X.

Hatrik itu merupakan sebahagian daripada enam gol yang direkodkan Bergson dalam perlawanan itu. Selain Bergson, Manuel Hidalgo turut mencipta hatrik ketika menentang Kelantan TRW.

Antonio Glauder, Stuart Wilkin, Yago da Silva, Syamer Kutty Abba dan Teto Martin juga mencetak nama sebagai penjaring. Farris Izdiham Awang Kechik menyumbat gol saguhati buat Kelantan TRW.

Kemenangan 14-1 ini turut menyaksikan JDT menyamai rekod dunia iaitu 108 perlawanan tanpa kalah. Harimau Selatan berpeluang memecahkan rekod itu menerusi perlawanan pertama musim 2026/27.