Seorang kanak-kanak tidak dapat menahan diri untuk menzahirkan kesetiannya kepada pasukan kesayangannya apabila dikesan oleh liputan langsung pada perlawanan tersebut.
Aksi antara pasukan Serie A, Torino berdepan Inter Milan mencuri tumpuan apabila seorang kanak-kanak yang mengiringi skuad Inter menzahirkan sokongan padu kepada tuan rumah.
Kemenangan bagaimanapun memihak kepada pasukan pelawat hasil ledakan Marcus Thuram, Lautaro Martinez dan juga Hakan Calhanoglu untuk memberikan 3 mata kepada Inter Milan.
Gelagat comel kanak-kanak itu berjaya dirakam ketika perlawanan baru bermula apabila kedua-dua pasukan berdiri untuk menyanyikan lagu kelab masing-masing.
Beliau yang memakai baju Inter Milan bagaimanapun bertindak pantas untuk menyelak bajunya dan menunjukkan jersi yang disarung pada bahagian dalam.
Jersi itu ternyata merupakan jersi pasukan tuan rumah dengan kanak-kanak itu berasa bangga dapat memperagakan jersi tersebut di hadapan kamera.
Tindakan kanak-kanak itu mendapat liputan meluas di media sosial dengan sebilangan penyokong teruja dengan kesetiaan yang dipamerkan olehnya untuk menyokong kelab kesayangan beliau.
Pautan penuh: Kanak-kanak lakukan tindakan berani