Hidalgo Mahu Berehat, Tak Mahu Pening Kepala Fikir Pengakhiran 2022
Dunia
officialsripahang
Advertisements

Bintang import Sri Pahang, Manuel Hidalgo boleh dikatakan salah seorang daripada beberapa pemain yang sentiasa disenangi prestasinya oleh penyokong setia pasukan itu.

Pemain dari Argentina itu sentiasa memberikan komitmen penuh dalam setiap perlawanan, menyebabkan namanya jarang sekali dipetik penyokong sebagai sasaran kritikan, walaupun mereka kecewa dengan prestasi Sri Pahang secara keseluruhan.

Namun, apakan daya, Hidalgo seorang, tidak mampu untuk membawa keajaiban dan merubah nasib pasukan pantai timur itu.

Advertisements

Hidalgo meledak tujuh gol musim ini untuk membantu Sri Pahang menamatkan kempen Liga Super di tempat ketujuh, tetapi tiada apa dapat dilakukannya ketika mereka ditunjukkan jalan keluar dari saingan Piala Malaysia oleh Terengganu seawal pusingan kedua.

Sri Pahang mudah dijinakkan dengan kekalahan 1-5 dan 2-4, sekaligus tersingkir dengan agregat 3-9.

Kecewa memang kecewa, tetapi pemain lincah bertubuh kecil itu mahu melupakan pengakhiran buruk musim 2022 dan buat masa ini mahu bertenang tanpa memikirkan apa-apa.

Advertisements

“Segalanya sudah berakhir dan sudah tiada apa untuk difikirkan bagi musim ini. Saya mahu pulang (ke Argentina), berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kontrak saya bersama Pahang masih ada semusim, jadi saya akan kembali dengan azam untuk membantu pasukan bangkit menjadi lebih baik pada 2023,” kata Hidalgo.

Tambah pemain berusia 23 tahun itu lagi, “Saya telah buat sebaik mungkin dan secara peribadi berpuas hati dengan prestasi diri, namun sudah tentu masih ada yang perlu saya belajar dan tingkatkan.”

Advertisements

Sebagai rekod, Hidalgo dibawa masuk pada pertengahan musim 2021 bagi menggantikan tempat Yevhen Bokhashvili dan pantas memenangi hati penyokong.

Malah, hanya dia seorang dianggap import terbaik berjaya direkrut oleh pihak pengurusan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini berikutan prestasi lemau ditunjukkan oleh pemain import lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram