Advertising
“Ia Masih Hidup” – Tunku Ismail
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi gambaran tentang senario semasa bola sepak Malaysia.

Skuad Harimau Selatan berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas membenam Terengganu dengan agregat 6-1.

Ad

Kemenangan bermakna itu diserikan lagi selepas kehadiran memberangsangkan di Stadium Sultan Ibrahim iaitu seramai 23,000 orang penyokong.

Ad

“Ia masih hidup. Terima kasih kepada 23 ribu yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah satu lagi final,” ujar Tunku Ismail di laman X.

JDT kini selangkah untuk menggenggam trofi ketiga bagi musim ini selepas muncul juara Piala Sumbangsih dan juga Piala FA.

Ad

Sri Pahang atau Sabah bakal menjadi halangan terakhir juara bertahan Piala Malaysia itu selepas muncul juara edisi 2022 dan 2023.

Ad

Cabaran sebenar skuad Harimau Selatan adalah aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari untuk menghidupkan peluang ke pentas kalah mati.

Ad