Ibrahim Manusi Milik JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan rekrut ke-3 bagi musim akan datang dengan ketibaan pemain tengah makin meningkat naik, Ibrahim Manusi.

Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah hantaran video di laman media sosial yang menyaksikan Ibrahim Manusi hadir menyarung jersi JDT sekaligus menjadi pemain baharu kelab gergasi tanah air itu.

”Hanya ada satu tempat untuk membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi.”

”Selamat datang ke keluarga Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” umum JDT dalam sebuah hantaran.

Nama Ibrahim Manusi menjadi sebutan ramai pada saingan musim lalu apabila tampil cemerlang membantu Sri Pahang muncul sebagai naib juara Piala Malaysia setelah tumpas di tangan JDT.

Untuk rekod, Ibrahim atau lebih mesra disapa Baim mencatat 25 penampilan bersama Sri Pahang pada musim 2024-2025 dalam semua pertandingan sebelum skuad Tok Gajah umum tidak sertai Liga Malaysia musim akan datang.

Baim juga merupakan rekrut ketiga pasukan JDT menjelang musim baharu nanti setelah ketibaan Antonio Glauder serta Jairo Da Silva yang diumumkan oleh pihak kelab baru-baru inu.