Ibu Harry Maguire Tampil Bersuara
Eropah
England
Advertisements

Ibu kepada bek tengah Manchester United, Harry Maguire tampil membidas komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau.

Sejak beberapa musim lepas, prestasi Maguire dilihat terumbang-ambing baik bersama United mahupun England. Akibatnya, ini mengundang rasa tidak puas hati penyokong terhadap kualiti permainan beliau.

Begitupun, sesetengah komen negatif yang dilemparkan baik penyokong mahupun penganalisis bola sepak dianggap melampaui batas. Justeru, ibu Maguire, Zoe meminta perkara ini dihentikan kerana komen sebegini bukan saja mengganggu pemain tetapi keluarga mereka juga.

Advertisements

“Sebagai ibu, melihat komen negatif yang melampau daripada sesetengah penyokong, penganalisis dan media ialah satu perkara memalukan dan tidak boleh diterima dalam segenap aspek kehidupan terutama bagi seseorang yang bersungguh-sungguh demi kelab dan negara.

“Saya berada di stadium seperti biasa, ia sesuatu yang tidak boleh diterima berkenaan (komen) tanpa sebarang asas. Saya faham dalam dunia bola sepak ada turun dan naik, positif dan negatif tetapi apa yang diterima Harry (Maguire) sudah melampaui bola sepak.

“Untuk saya melihat apa yang dilaluinya tidak bagus. Saya benci melihat ibu bapa atau pemain lain menghadapi perkara sama pada masa akan datang terutama pemain-pemain muda lelaki dan wanita yang membuat penampilan.

Advertisements

“Harry mempunyai jiwa yang besar dan dia melakukan tugas yang bagus (memastikan) mindanya kuat dan boleh mengendalikannya tidak seperti orang lain yang tidak boleh melakukannya. Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada sesiapa,” katanya seperti dilaporkan akhbar Daily Mail.

Nama Maguire kembali menjadi tumpuan apabila beliau menjaringkan gol sendiri semasa England mengatasi Scotland 3-1. Selain itu, namanya turut menjadi bahan ejeken penyokong The Tartan Army.

Enggan membiarkan perkara itu berlaku, penyokong England memberi sorakan semangat kepada Maguire setiap kali beliau menyentuh bola dan menyanyikan namanya.

Advertisements

Bekas bek tengah Leicester City itu diharap dapat kembali bangkit dan membantu Manchester United sebaik saingan EPL bersambung hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram