Dunia
Advertisements

Cukup mengecewakan ! Itu antara penilaian yang dibuat ke atas pemain import trial Kelantan setelah dua perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Terengganu FC dan Kedah meskipun masih dikatakan baik kerana mencatat keputusan seri 3-3 dengan Terengganu FC dan menang ke atas Kedah 2-1.

Bagi pengendali Kelantan, Yusri Che Lah, akan mengumumkan senarai penuh pemain yang akan memperkuatkan skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Premier selepas 17 Januari ini.

Yusri berkata dia masih menilai prestasi para pemain yang sedang diuji ketika ini menerusi beberapa perlawanan persahabatan yang dirancang sebagai pemanas badan sebelum mereka kembali bertarung dalam perlawanan sebenar yang bakal bermula kurang 7 minggu lagi.

Advertisements

“Pada musim lepas, kita menggunakan 100 peratus khidmat pemain muda dan pada musim ini, saya merancang untuk menyeimbangkannya dengan pemain berpengalaman agar mereka dapat membimbing pemain muda ketika beraksi di atas padang,” katanya

image 1 Import Trial Kelantan Mengecewakan, Yusri Harap Penyokong Tak Takir
Import Trial Kelantan dikatakan masih belum menyerlah oleh penyokong TRW

Yusri berkata dia masih mencari penyerang berbakat yang akan mengemudi jentera serangan walaupun sedang menguji beberapa pemain import ketika ini bagi memperkuatkan pasukan.

“Dalam tempoh persiapan ini saya akan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti terutama di barisan hadapan yang sering menimbulkan kegusaran kepada pengurusan pasukan,” katanya.

Advertisements

“Begitu juga dengan harapan kepada penyokong, sebolehnya kami mengharapkan mereka tidak terlalu bersikap takir (menghentam) pemain, sebaliknya berilah peluang kepada pemain kerana jika bersikap menghentam pemain saya rasa ia akan menurunkan lagi prestasi mereka,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram