Advertising
India Open: Pearly Tan-M. Thinaah Atasi Cabaran Alvekar-Deshpande
UltraSukan
MSN Malaysia

Beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah akhirnya meraih kemenangan pertama tahun 2025 dengan mara ke pusingan kedua India Open 2025.

Pearly-Thinaah mara selepas menyingkirkan beregu ke-142 dunia dari India, Prerana Alvekar dan Mrunmayee Deshpande dalam aksi pusingan pertama.

Ad

Selepas tersingkir awal dalam saingan Malaysia Open 2025, Pearly-Thinaah berharap dapat meraih kemenangan pertama pada tahun 2025.

Ad

Kelebihan memihak kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu. Ini kerana mereka berstatus beregu ketujuh dunia berbanding Alvekar-Deshpande (beregu ke-142 dunia).

Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah mempamerkan permainan mantap di atas gelanggang. Ini membolehkan mereka mendahului pada kedudukan 11-5.

Ad

Kedudukan yang dimiliki juara Hong Kong Open 2024 itu terus dilebarkan sebelum meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-8.

Ad

Set kedua menyaksikan pada awalnya, Alvekar-Deshpande mendahului Pearly-Thinaah pada kedudukan 11-8. Beregu negara kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 15-15.

Ad

Meskipun diberi tentangan oleh beregu bukan pilihan dari India itu, Pearly-Thinaah meraih kemenangan dengan keputusan 21-19.

Pearly-Thinaah bakal bertemu beregu ke-75 dunia dari China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian pada pusingan kedua India Open 2025.