Indonesia Halangan Akhir Malaysia B-23
MakanBola
FA Malaysia

Indonesia bakal menjadi halangan terakhir skuad Malaysia B-23 tidak lama lagi.

Skuad kendalian Nafuzi Zain bakal terbang ke Indonesia bagi menghadapi kejohanan pertama bagi tahun ini iaitu Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025.

Pasukan muda negara diundi dalam Kumpulan A bersama tiga lagi lawan iaitu tuan rumah, Indonesia, Filipina dan juga Brunei.

Tugas berat buat Malaysia B-23 apabila perlu memperbaiki pencapaian edisi lalu selepas menamatkan saingan pada tempat keempat susulan tewas kepada Thailand menerusi penentuan sepakan penalti.

Malaysia B-23 dijangka berdepan laluan mudah pada aksi pembukaan Kumpulan A apabila bakal berdepan Filipina pada Selasa, 15 Julai pada jam 5.00 petang di Stadium Gelora Bung Karno.

Brunei DS menjadi lawan kedua pada Jumaat, 18 Julai 2025 jam 5.00 petang sebelum menghadapi finalis edisi lalu, Indonesia pada aksi terakhir kumpulan.

Pertemuan Indonesia vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada Isnin, 21 Julai 2025 jam 8.00 malam di Stadium Gelora Bung Karno.

Skuad muda negara perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan sekurang-kurangnya di tangga kedua untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir dengan aksi bakal bermula pada Jumaat, 25 Julai 2025.

Penentuan tempat ketiga dan keempat dijadualkan berlangsung pada Isnin, 28 Julai manakala final pada Selasa, 29 Julai 2025 dengan kesemua aksi berlangsung di Stadium Gelora, Bung Karno.