Indonesia Kekal ‘Darah Muda’ Di Kelayakan Piala Asia
Dunia
AFP
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia dijangka bakal terus mempertaruhkan bakat muda di Kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung Jun ini.

Hal ini disebabkan, 80 peratus daripada skuad yang bakal tampil di kejohanan tersebut terdiri daripada pemain yang beraksi di sukan SEA 2021.

Menurut penjelasan jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, beliau mahu mempersiapkan pasukan kebangsaan dengan senarai pemain yang beraksi di sukan SEA.

Advertisements

’Skuad yang bakal beraksi di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia kebanyakannya daripada pemain sukan SEA 2021 dan saya sedang mempersiapkan itu.’

Indonesia bakal berdepan cabaran Jordan, Kuwait dan juga Nepal yang turut bersama dalam Kumpulan A sambil berharap agar dapat merebut satu daripada 11 slot yang ditawarkan.

Sebelum ini, pengendali yang berasal daripada Korea Selatan ini juga sudah pun menggunakan khidmat pemain muda di Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Advertisements

Percaturan ini berhasil apabila Indonesia berjaya mara hingga ke pentas akhir sebelum ditewaskan oleh pasukan Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram