Ads
Indonesia Open: Lee Zii Jia Tundukkan Ng Ka Long Buat Kali Ke-4 Berturut-Turut
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Indonesia Open dengan langkah kanan apabila mudah menundukkan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pusingan pertama.

Advertisements

Lee Zii Jia yang kini berada di prestasi terbaiknya setelah merangkul juara Thailand Open dan bergelar naib juara Malaysia Masters bulan lalu diundi untuk berdepan Ka Long buat kali keempat bagi tahun 2024.

Advertisements

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu adalah pada peringkat separuh akhir Malaysia Masters yang menyaksikan Zii Jia berjaya membenam cabaran pemain dari Hong Kong dalam aksi dua set.

Advertisements
Advertisements

Permainan yang berlangsung di gelanggang satu itu bermula sengit apabila kedua-dua pemain saling mengejar mata di antara satu sama lain sebelum Ng Ka Long unggul mendahului 11-9 ketika interval.

Corak lebih agresif ditampilkan oleh Zii Jia selepas itu untuk kembali mengikat kedudukan 15-15 sebelum kesilapan demi kesilapan daripada Ka Long menutup cerita di set pertama dengan kemenangan 21-17 buat pemain negara.

Advertisements

Bersambung set kedua, pemain kelahiran Kedah itu tidak memberi peluang buat Ka Long bangkit apabila meraih mata demi mata untuk menjarakkan kedudukan 11-6 ketika rehat.

Serangan bertali arus ke arah Ng Ka Long nampaknya membuahkan hasil untuk Zii Jia ketika lawannya dari Hong Kong itu terus buntu mencari jalan bagi mendapatkan mata sekaligus mengakhiri set kedua dengan kemenangan buat wakil negara itu.

Aksi di gelanggang satu tamat dengan kemenangan buat Lee Zii Jia dengan keputusan 21-17, 21-16.

Advertisements

Pada pusingan kedua pada Khamis nanti, Lee Zii Jia dijadualkan berdepan pemenang di antara wakil China, Weng Hongyang atau Kiran George dari India yang akan bertemu dalam satu lagi aksi

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram