Advertisement
Indonesia Selangkah Pintas Malaysia
Asia
MakanBola
FAM-TIMNAS INDONESIA-FIFA

Skuad kebangsaan Indonesia kini menghampiri kedudukan ranking FIFA pasukan Malaysia.

Selepas meraih kemenangan mengatasi Vietnam pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 malam semalam, skuad kendalian Shin Tae-yong telah melonjak naik di ranking ke-138 dunia.

Keputusan 1-0 yang diraih Indonesia menerusi jaringan Egy Maulana Vikri memastikan Skuad Garuda mendaki lima anak tangga, mengutip sebanyak 15.37 mata FIFA sekaligus mengumpul keseluruhan sebanyak 1088.03 mata.

Pasukan Malaysia dibawah kendalian Kim Pan-gon pula terpaksa akur, jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-134 dunia selepas ditewaskan Oman awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya kehilangan sebanyak -8.02 mata dan kesuruhan mata yang terkumpul setakat ini ialah sebanyak 1103 mata.

Melihat kepada situasi terkini, skuad kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Harimau Malaya sekiranya Skuad Garuda berjaya menewaskan Vietnam sekali lagi pada 26 Mac kelak sementara kem Garuda mengharapkan Malaysia tewas kepada Oman.

Jika menang, Indonesia akan mendapat tambahan sebanyak 14.67 mata, menjadikan jumlah mata 1,102.7 dan jika Malaysia tewas, mata Harimau Malaya akan berkurang sebanyak 7.68 sekaligus ranking FIFA Malaysia akan menurun.

Indonesia akan menentang Vietnam pada 26 Mac kelak di Stadium My Dinh sementara Malaysia akan beraksi di laman sendiri, melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil juga pada 26 Mac tepat jam 10 malam.