Indra Putra Kembali Ke Bumi Kelantan?
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pemain veteran Liga Malaysia, Indra Putra Mahyuddin mungkin membuat kepulangan sensasi ke bumi Kelantan, apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Kelantan United.

Kelantan United yang akan tampil pertama kali dalam Liga Super difahamkan serius membuat persiapan untuk mengharungi saingan musim 2023.

Dan dalam usaha itu mereka dilihat mahu memantapkan pasukan dengan kelibat beberapa pemain senior yang boleh menjadi ‘wow-factor’ bagi menarik lebih banyak sokongan.

Advertisements

Selain Indra Putra, pasukan itu turut dikatakan dalam usaha mahu memancing bekas pemain sayap kebangsaan, Syazwan Zainon dan Khairu Azrin Razali yang dilepaskan Kedah serta bekas pertahanan Kelantan FC, Abdul Latiff Suhaimi.

Bekas jurulatih Penang FC yang membawa pasukan itu menduduki tangga ketiga Liga Super 2021, Thomas Trucha pula difahamkan akan dilantik sebagai ketua jurulatih baru mereka.

Untuk rekod, Indra Putra adalah antara nama yang cukup popular dan ikonik dalam kalangan penyokong di Kelantan, dia tiga kali menyarung jersi Kelantan FC dan merupakan tonggak pasukan itu menjulang treble pada 2012.

Advertisements

Pemain yang akan berusia 42 tahun pada tahun depan itu mewakili Kuala Lumpur selama empat musim selepas meninggalkan Kelantan pada 2017 dan bersama skuad warga kota, dia melakar sejarah apabila meledak jaringan ke-100 nya dalam Liga Super pada April 2019.

Manakala pada musim ini, Indra Putra kembali ke pangkuan Perak, untuk berbakti kepada negeri kelahirannya namun kemelut kewangan dan beberapa krisis lain yang melanda pasukan itu sepanjang musim ini menyaksikannya tidak banyak beraksi lantas mengharungi antara musim paling hambar dalam karier.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram