Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Berbaki 1 perlawanan terakhir peringkat kumpulan E saingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya hanya akan mampu menamatkan kempen kelayakan kali ini dengan 6 mata maksimum sahaja.

Kemenangan keatas pasukan Bangladesh pada hari Selasa nanti bakal menentukan kedudukan Malaysia samada mampu layak ke Piala Asia 2023 atau pun tidak berdasarkan kedudukan akhir dalam kumpulan E.

Mungkin ada yang masih belum maklum berkenaan bukan semua pasukan naib juara kumpulan akan layak ke aksi Piala Asia 2023. Teruskan membaca untuk mengetahui puncanya.

Advertisements

Jumlah Pasukan Dalam Aksi Piala Asia 2023

Sebanyak 24 pasukan akan bertanding dalam pusingan akhir Piala Asia 2023 nanti, dan daripada jumlah itu sebanyak 13 pasukan telah pun melayakkan diri selepas tamat aksi kelayakan ke-2 yang lalu.

13 pasukan yang telah layak itu adalah;

  1. Jepun
  2. Syria
  3. Qatar
  4. Korea Selatan
  5. Australia
  6. Iran
  7. Arab Saudi
  8. UAE
  9. China
  10. Iraq
  11. Oman
  12. Vietnam
  13. Lebanon

Oleh yang demikian, baki 11 lagi slot untuk melengkapkan jumlah keseluruhan 24 pasukan bertanding akan diisi oleh pasukan-pasukan yang kini sedang bersaing dalam aksi kelayakan ke-3 Piala Asia 2023.

Advertisements

Juara Kumpulan Dan Hanya 5 Naib Juara Akan Layak Ke Piala Asia 2023

24 pasukan yang sedang bertanding dalam 6 kumpulan kelayakan ke-3 Piala Asia ketika ini akan merebut 11 slot terakhir.

Juara kumpulan sudah pasti akan layak ke Piala Asia 2023, namun bukan semua naib juara kumpulan akan layak!

Ini adalah kerana hanya 5 pasukan naib juara kumpulan terbaik akan melengkapkan 24 pasukan secara keseluruhan yang akan tampil di kejohanan Piala Asia 2023. Ketika artikel ini ditulis, skuad Kim Pang-gon masih berada dalam kelompok 5 pasukan naib juara terbaik seperti dibawah.

Advertisements
Malaysia Piala Asia 2023 Ini Punca Kenapa Bukan Semua Naib Juara Kumpulan Layak Ke Piala Asia 2023 Yang Anda Perlu Tahu

Misi Wajib Menang Besar Berdepan Bangladesh

Kim Pang-gon wajib memberikan kemenangan dengan beza jaringan yang besar ketika bertemu Bangladesh pada malam Selasa nanti sekiranya menempatkan diri dengan selamat sebagai 5 pasukan naib juara terbaik seterusnya membawa pasukan kebangsaan Malaysia layak ke Piala Asia buat kali pertama sejak 1980 – kali terakhir Malaysia layak secara merit.

Semuanya terserah kepada Kim Pang-gon untuk memikirkan apakah cara yang diperlukan, apa yang lebih utama adalah penampilan dipentas Piala Asia 2023 nanti.

조심해!

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram