Ini Senarai 13 Pasukan Liga Super Musim 2024/25
Liga Super
MFL
Advertisements

Liga Super Malaysia 2024/2025 menyaksikan hanya penglibatan sebanyak 13 kelab sahaja.

Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan media oleh pihak Malaysian Football League (MFL) berkenaan kegagalan pasukan Liga M3, Perlis United memperoleh lesen kebangsaan bagi menyertai Liga Super musim hadapan.

“Badan bebas First Instance Body (FIB) membuat keputusan tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Kelab Bolasepak Perlis United (PUFC) berikutan kegagalan memenuhi syarat-syarat tambahan selepas pengumuman berkenaan keputusan Lesen Luar Biasa (Extraordinary License) M3 Amateur Football League (AFL) pada 7 Mac 2024,” tulis MFL dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

“Kegagalan PUFC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan tersebut menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.”

Manakala, dua pasukan yang sebelum ini terpalit dengan masalah gaji iaitu Kedah Darul Aman FC dan KL City pula akan kekal beraksi di Liga Super musim hadapan dan perlu menyelesaikan tunggakan sebelum hujung bulan Mac.

Jika tidak, hukuman pemotongan mata dan denda sebanyak RM 50,000 bakal dikenakan kepada kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Sekiranya KL City dan KDA FC gagal menyelesaikan kesemua jumlah tunggakan gaji berkenaan pada tarikh kedua 30 Mac 2024, hukuman pemotongan tiga mata bagi saingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda sebanyak RM 50,000 akan dikenakan dengan serta merta,” tulis MFL dalam satu kenyataan yang lain.

Musim lalu, Liga Super Malaysia diserikan dengan penyertaan 14 pasukan bersaing, namun isu kewangan yang membabitkan pasukan Kelantan FC menyebabkan kelab Pantai Timur itu berkemungkinan besar bakal beraksi di Liga M3.

Ini senarai 13 pasukan yang akan bertanding di Liga Super 2024/2025:

Advertisements
  1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Sabah FC
  4. Kedah Darul Aman FC
  5. Sri Pahang FC
  6. Terengganu FC
  7. KL City FC
  8. PDRM FC
  9. Negeri Sembilan FC
  10. Penang FC
  11. Perak FC
  12. Kelantan Darul Naim FC
  13. Kuching City FC
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram