Ini Senarai 16 Pasukan Liga A1 Musim 2025-2026
MakanBola
AFL

16 pasukan sah akan bersaing dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26.

Ini selepas Amateur Football League (AFL) mengumumkan senarai pasukan yang akan bersaing dalam musim hadapan.

Juara dan naib juara Piala MFL musim 2024/25, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor FC II bakal meneruskan persaingan mereka dalam Liga A1.

Dua persatuan bola sepak negeri iaitu Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menyertai liga kali ini.

Liga A1 musim 2025/26 lebih istimewa kerana disertai wakil Korea Selatan, FC Seoul Phoenix. Ini selepas pasukan itu berjaya melengkapkan kriteria lesen untuk menyertai liga berkenaan.

Selain kelab Korea Selatan itu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Guar Syed Alwi FC (GSA FC) turut berjaya melengkapkan permohonan lesen masing-masing. Ini membolehkan ketiga-tiga pasukan beraksi dalam Liga A1 tanpa sebarang isu.

Senarai 16 Kelab Liga A1

  1. Johor Darul Ta’zim II
  2. Selangor FC II
  3. Malaysian University FT
  4. Imigresen FC II
  5. Armed Forces FC
  6. Persatuan Bola Sepak Kedah
  7. Persatuan Bola Sepak Perak
  8. Machan FC
  9. Kelantan Red Warrior FC
  10. Manjung City FC
  11. Bunga Raya FC
  12. Kelantan WTS FC
  13. Kedah Darul Aman FC
  14. Guar Syed Alwi FC
  15. FC Seoul Phoenix
  16. UM-Damansara United