Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris menggesa semua peminat bola sepak di Malaysia untuk sentiasa menghargai jasa setiap pemain.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada semalam telah meninggalkan komen dalam satu hantaran Instagram yang dibuat bekas kapten pasukan kebangsaan, Zaquan Adha. Zaquan telah memuatnaik satu gambar wajah Aidil Zafuan yang telah disunting seakan-akan muka pemain Manchester United, Harry Maguire.

DE99C1D3 3CA4 4998 B90B 094835A71F93 Ini Soal Pengorbanan Pemain Yang Ramai Tak Hargai - TMJ
Instagram Zaqone_08

Zaquan Adha menjelaskan bahawa inilah realiti sebenar yang perlu dilalui setiap pemain bola sepak. Jika menang dipuji, jika tewas dikeji.

Advertisements

Life as a footballer. Bila menang semua indah kata-kata bila kalah siap sanggup edit muka,” tulis Zaqwan.

TMJ juga tampil di ruangan komen dan menyelar tindakan segelintir penyokong yang lupa akan jasa para pemain yang sudah banyak berkorban buat skuad kebangsaan. Baginda menegaskan penyokong sebegini memiliki mentaliti yang toksik.

Toxic mentality dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class. Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.”

Advertisements

Tunku Ismail dalam pada itu turut kasihan dan simpati melihat pemain bola sepak yang menjadi bahan kejian dan hinaan apabila sesebuah pasukan itu tewas. Menurut baginda, semua orang sudah lupa akan kejayaan dan pengorbanan yang tercipta sebelum ini.

“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah olah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai,” kata Tunku Ismail di Instagram.

Aidil Zafuan telah menerima kritikan hebat daripada para penyokong Harimau Malaya tatkala skuad Malaysia tewas 2-1 kepada Singapura, Sabtu lalu. Mereka menyalahkan Aidil dan menganggap pemain pertahanan JDT itu sebagai individu yang menjadi punca kepada jaringan pasukan Singapura.

Advertisements

Kritikan membina yang positif buat sesebuah pasukan itu bagus, namun jika ia melibatkan hinaan terhadap rupa paras, ia merupakan satu tindakan yang melampau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram