“Ini Tidak Adil” – Giancarlo Gallifuoco
Dunia
KL City
Advertisements

Pertahanan import KL City, Giancarlo Gallifuoco meluahkan perasaan kecewanya dengan nasib diterima kelab-kelab dari Malaysia.

Selepas berhempas pulas berjuang sepanjang musim 2022, kelab dari Malaysia dikatakan akan hanya ditawarkan 1 slot untuk saingan Liga Juara-juara AFC (ACL).

“Ini sangat tidak adil! Semua pasukan Malaysia berjaya keluar dari peringkat kumpulan! Malaysia sepatutnya diberi ganjaran”, tulis Giancarlo di halaman hantaran Instagram MakanBola.

Advertisements

Wakil Malaysia dalam saingan peringkat Asia, KL City dan Kedah sebelum ini turut membantu Malaysia menambah jumlah mata MA Ranking selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan malah KL City turut mara ke perlawanan akhir Piala AFC.

Selain itu, Johor Darul Ta’zim pula mencipta sejarah luar biasa selaku wakil tunggal Malaysia di ACL selepas berjaya mara ke pusingan 16 terakhir.

Pengumpulan mata yang banyak ini memberikan harapan buat wakil dari Malaysia selain JDT untuk turut beraksi di ACL namun pihak AFC difahamkan akan mengubah format kiraan mata sekaligus menutup ruang wakil selain JDT untuk turut serta dalam saingan ACL 2024/2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram