Ads
“Inilah Cara JDT” – Hector Bidoglio
Liga Super
Johor Southern Tigers

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi keenam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025.

Advertisements

Beraksi dihadapan 21,365 ribu penyokong, JDT mudah menundukkan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Ketua jurulatih, Hector Bidoglio memuji para pemainnya yang bermain seperti mana yang telah dirancang.

Advertisements

“Saya sangat gembira, pemain dan penyokong semua gembira. Pemain kita hari ini memberikan yang terbaik dan inilah cara kita. Kita bermain secara high pressing dan berintensiti tinggi.”

Advertisements
Advertisements

Pengendali asal Argentina itu juga memuji impak yang dipamerkan import sensasi JDT, Bergson da Silva. Bergson berjaya mencatat hatrik dalam kemenangan 4-0 JDT mengatasi Terengganu malam semalam.

“Ya Bergson bermain dengan cukup baik. Bukan kerana dia seorang sahaja yang menjaring tapi beliau serta rakan sepasukan yang lain turut berkorban dan bermain sebagai satu pasukan.”

Advertisements

“Semua pemain beraksi dengan baik dan JDT hari ini menunjukkan cara bermain bola sepak yang sebenar. Hari-hari saya melihat mereka berlatih dengan banyak jadi saya gembira untuk mereka,” ujar Hector Bidoglio ketika ditemu bual selepas perlawanan.

Advertisements

JDT selepas ini akan memberikan fokus kepada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024. JDT bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 4 Ogos 2024 dengan agregat semasa JDT 2-1 Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram