Irfan Bakti Tidak Faham Kenapa MFL Buat Undian Awal
Liga Super
BERNAMA
Advertisements

Jika Malaysian Football League (MFL) beranggapan kesemua pasukan ataupun jurulatih bersetuju dengan undian Piala Malaysia 2022 dibuat terlalu awal, mereka sebenarnya silap.

Jurulatih-jurulatih berprofil tinggi seperti Tan Cheng Hoe, Zainal Abidin Hassan, Ong Kim Swee dan Rezal Zambery Yahya kesemuanya dilihat menyatakan bersetuju dengan MFL, tetapi pada akhirnya ada jurulatih tampil mempertikaikan keperluan undian untuk dibuat terlalu awal sedangkan liga belum berakhir.

Ianya jurulatih veteran Liga Malaysia yang kini membimbing Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim yang mempunyai sebab tersendiri untuk berasa undian Piala Malaysia kali ini sebagai ada kepincangan.

Advertisements

Bercakap kepada Sukan Sinar, Irfan Bakti berkata, “Saya sebenarnya tidak faham apa keperluan MFL buat undian Piala Malaysia lebih awal tetapi ada pasukan yang bertanding masih belum mengetahui lawan yang mereka akan jumpa.

“Awalnya saya difahamkan pasukan-pasukan bertanding akan tahu lawan mereka sejurus selepas tamat Liga Super, tetapi undian baru-baru ini dibuat berdasarkan kedudukan akhir setiap pasukan.”

Menurut Irfan Bakti yang membawa Kuching City menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ketiga, ini akan beri kelebihan terutamanya pasukan Liga Super kerana boleh merancang siapa lawan mereka.

Advertisements

“Sebagai contoh, kalau kita lihat kedudukan di Liga Super ketika ini, selain JDT, semua pasukan mampu untuk ubah kedudukan.

“Jadi, saya risau mungkin akan berlaku persaingan tidak sihat sebab ada pasukan boleh mengatur perlawanan bagi mengelak jumpa lawan yang kuat,” katanya.

Tambah Irfan Bakti lagi, “Kami sendiri turut menerima tempias hasil undian itu kerana kami tidak tahu lawan yang kami akan tentang kerana berdasarkan pengiraan semasa, kami mungkin akan berjumpa sama ada Sarawak atau Penang.

Advertisements

“Jadi, kami tidak boleh buat perancangan awal kerana masih belum tahu siapa lawan kami. Sebaik-baiknya biarlah undian diadakan selepas habis liga, jadi tak timbul isu.”

Sebenarnya sejak undian dibuat lagi, tindakan MFL menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemerhati dan penyokong bolasepak tanah air.

Rata-rata menyuarakan kebimbangan sama, iaitu akan mendorong kepada berlakunya situasi mengatur perlawanan, dalam masa sama menyifatkan kaedah undian kali ini sebagai kelakar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram