Isu Denda: FAM Pertimbang Buat Rayuan Pada FIFA
Dunia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbang untuk membuat rayuan terhadap denda yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran masalah penyokong yang berlaku ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November lalu.

FIFA telah menjatuhkan denda sebanyak 50,000 Swiss Franc atau RM209,754 kepada Malaysia kerana dikatakan melanggar Artikel 16 Kod Tatatertib FIFA berhubung masalah melibatkan penyokong dalam perlawanan tersebut.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu laporan Bernama, FAM telah menerima surat berhubung denda tersebut pada minggu lalu, dan sudah menghantar surat maklum balas kepada badan induk bolasepak berkenaan.

Advertisements

“Kita akan membayar denda berkenaan namun kita meminta FIFA untuk memperincikan kesalahan tersebut dengan lebih lanjut.

Antara Laporan yang dikeluarkan oleh FIFA mengenai denda yang dikenakan

“Sekiranya kita merasakan ada keperluan untuk merayu, kita akan membuat rayuan, namun kita akan menunggu perincian jenis kesalahan berkenaan terlebih dahulu,” kata Stuart.

Menurut laporan sebelum ini, Malaysia telah diberikan amaran oleh FIFA berhubung masalah penyokong ketika perlawanan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Bukit Jalil pada 10 September lalu.

Advertisements

FAM juga telah menerima amaran daripada FIFA selepas ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan menentang Vietnam di Hanoi pada 10 Oktober lalu di mana ia merupakan kesalahan di bawah Artikel 26 (kegagalan mematuhi kewajipan media).

Selain Malaysia, Indonesia turut dikenakan denda 245,000 Swiss Franc atau RM1,029,165 oleh FIFA ekoran kekacauan yang disebabkan oleh penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Gelora Bung Karno ketika berdepan Malaysia pada 5 September 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram