Itali Terus Kemarau Aksi Piala Dunia Setelah Disingkirkan Macedonia
Dunia
Getty Images
Advertisements

Juara eropah 2020, Itali dikejutkan oleh Macedonia apabila tewas tipis dalam aksi kelayakan ke Piala Dunia dengan jaringan 1-0. Aleksandar Trajkovski muncul wira Macedonia apabila jaringan beliau pada minit ke 90+2 perlawanan menghidupkan peluang Macedonia ke Piala Dunia.

Itali yang turun dengan barisan utama mereka menggunakan formasi tipikal Roberto Mancini iaitu 4-3-3. Itali turut membariskan 3 pemain tengah terkuat mereka iaitu gandingan Nicolo Barella-Jorginho-Marco Verratti. Itali muncul pasukan ramalan untuk memenangi perlawanan ini namun sebaliknya yang terjadi.

Itali jelas menguasai perlawanan apabila merekodkan 66% penguasaan bola berbanding Macedonia 34% malah Itali turut melakukan 32 percubaan namun tiada satu pun yang mampu untuk memecahkan kubu pertahanan Macedonia. Apa yang mengejutkan ialah Itali mendapat 16 sepakan penjuru berbanding Macedonia yang gagal mendapatkan sebarang sepakan penjuru.

Advertisements

Statistik tersebut menunjukkan bagaimana Itali benar-benar dominan dalam perlawanan ini namun jaringan minit akhir perlawanan oleh Aleksandar Trajkovski membunuh harapan Itali. Trajkovski kini merekodkan 6 gol dalam 10 perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia.

Itali kini gagal buat kali kedua berturut-turut untuk layak ke Piala Dunia dan kali terakhir mereka beraksi ialah ketika Piala Dunia 2014. Kini Itali perlu menunggu peluang untuk ke Piala Dunia 2026 dan dalam jangka masa tersebut, Itali sudah kemarau aksi Piala Dunia selama 12 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram