Ivan Mamut Mahu Kekal Bersama Terengganu
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Penyerang Croatia, Ivan Mamut bersedia untuk kekal bersama Terengganu FC sekiranya khidmatnya masih ditagih pasukan itu.

Musim 2023 menyaksikan Mamut telah meledakkan 22 gol bersama Sang Penyu dalam semua kejohanan termasuk aksi final Piala Malaysia 2023 pada Sabtu lalu.

Dengan kontraknya bakal berakhir pada hujung bulan ini, ramai ingin tahu sama ada Mamut akan dikekalkan atau tidak.

Advertisements

Bekas penyerang Inter Zapresic itu tidak menolak untuk kekal kerana beliau suka berada di negeri Pantai Timur itu.

Namun begitu, pada akhirnya, Mamut menyerahkan keputusan itu kepada pengurusan Peteh berkenaan soal masa depannya bersama pasukan itu.

“Saya tak tahu. Untuk makluman, saya ada kontrak sehingga akhir Disember dan selepas itu, saya akan berbincang dengan kelab (Terengganu).

Advertisements

“Saya harap kita dapat capai persetujuan kerana saya merasa seronok berada di Terengganu. (Pencapaian) tahun ini sangat bagus dan saya harap dapat kekal (bersama Terengganu),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Kini, fokus Mamut ialah membantu skuad Penyu layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Mereka akan turun menentang Bali United untuk aksi terakhir Kumpulan G pada 13 Disember ini.

Walaupun peluang Terengganu untuk layak ke pusingan seterusnya Piala AFC agak tipis, ini peluang buat beliau menambah koleksi gol peribadinya musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram