Jurang ranking dua beregu lelaki Malaysia, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik semakin mengecil.
Menerusi kemas kini kedudukan ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan beregu negara, Izzuddin-Sze Fei mencatatkan kenaikan satu anak tangga.
Walaupun tersingkir di suku akhir China Masters minggu lalu, kedudukan Izzuddin-Sze Fei tetap melonjak ke ranking ke-7 dunia dengan 78716 mata untuk berada di kedudukan terbaik sepanjang karier.
Peningkatan ini menyaksikan Izzuddin dan Sze Fei memintas kedudukan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun yang turut sama tewas di suku akhir minggu lalu.
Tidak jauh di atas adalah rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang masih kekal di ranking kelima dunia dengan perbezaan 1599 mata mengatasi Izzuddin-Sze Fei.
Ranking pertama bagi acara beregu lelaki masih dipegang oleh pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang sambil diekori rapat oleh beregu dari Korea Selatan dan Denmark.
Tiga lagi beregu lelaki negara masih kekal di ranking sedia ada manakala kedudukan Arif Junaidi-Yap Roy King melonjak ke tempat ke-22 yang juga pencapaian terbaik bagi mereka.