Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan menjadi inspirasi seluruh warga J-League selepas kejayaannya membawa skuad Gajah Perang memenangi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 buat kali yang ketujuh.
Gol yang dijaringkan dalam aksi perlawanan akhir tempoh hari cukup memukau. Seperti yang dikongsi oleh Facebook J.League, jaringan seperti itu kerap dilakukan olehnya ketika beraksi di sana.
Theerathon Bunmathan merupakan pemain pertama Thailand yang berjaya merangkul kejuaraan J1 League Meiji Yasuda bersama pasukan Yokohama F-Marinos pada tahun 2019.
Beliau sudah berkelana di Liga Jepun selama 3 tahun sejak 2018 menyertai Vissel Kobe secara pinjaman dan kemudiannya menyertai Yokohama F. Marinos pada tahun berikutnya.
Ketika bersama Vissel Kobe, beliau berpeluang beraksi bersama bintang-bintang dunia seperti Lukas Podolski, Andres Iniesta dan David Villa.
Prestasi luar biasa yang ditampilkan pemain berusia 32 tahun ini dalam saingan Piala AFF kali ini. Beliau merupakan pemain terbanyak yang memiliki 6 bantuan jaringan sepanjang 8 perlawanan.
Sudah pasti dengan pengalaman yang dimiliki sepanjang kariernya antara sebab utama kecemerlangannya dalam saingan AFF kali ini.