Aksi Jaami Qureshi Ayam-Ayamkan Mat Salleh
TV
Advertisements

Jaami Qureshi, pemain kacukan Malaysia – Iraq yang dilahirkan di England ini layak beraksi untuk negara Malaysia, Iraq mahupun England.

Tular berita berkenaan lamaran Persatuan Bola Sepak Iraq yang ingin membawanya bermain bersama pasukan Iraq.

Berdasarkan kompilasi video aksi Jaami, bolehlah dianggap beliau merupakan aset ,asa depan yang sangat cerah buat mana-mana negara yang memperolehnya.

Advertisements

Manakan tidak dalam barisan video yang bakal disaksikan di bawah, hampir kesemuanya Jaami ayam-ayamkan sahaja pertahanan lawan.

Paling menarik perhatian beliau sebenarnya mampu menyepak menggunakan kedua-dua kaki kiri dan kanan.

Tenang, padu dan menawan.
Seperti Ryan Giggs.
Skil silang yang menawan.
Tercungap-cungap dibuatnya mat salleh tersebut sampai terjatuh.
Selepas Jaami menjaringkan gol, penyokong mula menyebut namanya, Jaami! Jaami! bersorak kegembiraan.

Sebelum ini tular bahawa Iraq FA melamar Jaami Qureshi beraksi bersama negara bergolak tersebut sekaligus menggusarkan peminat bola sepak Malaysia yang ingin melihat pemain muda ini mewakili Harimau Malaya atau sekurang-kurangnya beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun negara.

Advertisements

“Tiada siapapun dari FAM yang menghubungi kami melainkan Iraq yang melakukannya dengan kerap.”

“Jadi anda boleh memberikan pandangan anda.”

Apabila ditanya adakah FAM ada menghubunginya, bapa Jaami menjelaskan ada namun hanya pada Jun 2020.

Advertisements

“..hanya pada bulan Jun 2020 selepas itu sudah tiada.”

“.. dengan sikap FAM yang tiada sebarang usaha untuk meningkatkan hubungan (dengan Jaami) ataupun insentif, maka kami mungkin melepaskan peluang ini (mewakili Malaysia).” Jelas Perviz Qureshi kepada HarimauMalaya.

Untuk rekod, Jaami telah membuat 21 penampilan di Liga Perdana Inggeris (Bawah 18 Tahun), membuat 2 bantuan jaringan dan menjaringkan 2 jaringan buat pasukan Brighton & Hove Albion U18.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram