Ads
Dunia
TRW Kelantan FC

Pengendali Kelantan, Choi Moonsik enggan melatah di sebalik kekalahan besar 0-7 dialami pasukannya kepada jagoan Liga Thai, Buriram FC dalam aksi persahabatan merebut Piala ASEAN Charity Shield pada Ahad.

Advertisements

Beliau yang baru sahaja diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baru skuad The Red Warriors pada Khamis lalu, iaitu tiga hari sebelum aksi menentang Buriram menjelaskan misi utama jelajah pra-musim ini adalah memahami dan menelusuri segala taktikal yang diterapkan.

Advertisements

“Selain itu, perlawanan pra-musim ini bertujuan untuk menilai para pemain yang akan diserap terus ke pasukan atau tidak, serta tahap persefahaman pemain antara satu sama lain,” ujarnya melalui laman sosial rasmi pasukan.

Advertisements

Advertisements

Kelantan yang akan tampil berwajah baru bagi musim 2023 difahamkan akan mengharungi empat lagi perlawanan persahabatan sebelum sepak mula Liga Super pada Februari.

Kelab pantai timur milik Norizam Tukiman itu setakat ini hanya mengumumkan Gerald Gadit sebagai wajah baru yang akan memperkuatkan pasukan, tetapi daripada aksi persahabatan menentang Buriram penyokong sudah pun nampak gambaran pemain yang akan menyarung jersi mereka musim ini.

Advertisements
Advertisements

Antara pemain yang berada dalam skuad tetapi belum diumumkan secara rasmi adalah Rozaimi Rahmat, Ahmad Khairil Anwar Zamri, Shafiq Shaharudin, Afiq Azuan, Omid Popalzay, Ahmed Said Hassan dan Andreas Esswein.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram