Saingan Piala Malaysia 2024/25 kini memasuki peringkat separuh akhir.
Empat pasukan mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir. Empat pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Sabah FC.
Harimau Selatan mara selepas menewaskan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC di peringkat suku akhir. Peteh menyingkirkan juara edisi 2011, Negeri Sembilan FC.
Tok Gajah pula terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan juara edisi 2018, Perak FC. Finalis tiga kali, Sabah menyingkirkan pasukan Borneo yang meningkat naik, Kuching City FC.
Separuh akhir kali ini cukup istimewa kerana menampilkan tiga pasukan yang pernah bergelar juara Piala Malaysia. JDT muncul juara sebanyak lima kali termasuk edisi 2023.
Sri Pahang pula muncul juara sebanyak empat kali. Terengganu pula merasai nikmat juara kejohanan berprestij itu pada 2001.
Waktu, Venue & Siaran TV Piala Malaysia
1- Terengganu vs JDT
Tarikh: 17 Januari 2025
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
2- Sabah vs Sri Pahang
Tarikh: 18 Januari 2025
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
3- JDT vs Terengganu
Tarikh: 1 Februari 2025
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
4- Sri Pahang vs Sabah
Tarikh: 2 Februari 2025
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Temerloh, Temerloh
Siaran Langsung: Astro Arena Bola