Legenda bola sepak negara, Bakri Ibni menegaskan supaya jangan ganggu urusan pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon, beliau perlu diberi kebebasan untuk membina sendiri cara permainan yang sesuai untuk pasukan negara.
Bakri mengakui telah lali dengan isu sebegini, kerana sejak beliau menjadi pemain lagi telah ada urusan campur tangan luar ini, namun isu dahulu dan sekarang memang berbeza baginya.
“Jangan kacau beliau (jurulatih skuad kebangsaan), kita baginya masa dan kalau gagal, pecat saja beliau dan Isu campur tangan luar ini bukan benda baharu sebenarnya, malah ia sudah lama berlaku dalam pasukan negara sejak saya jadi pemain lagi.”
Dalam pada itu, beliau juga optimis dengan Pan-gon kerana ada sifat pendirian dan seorang yang lantang untuk memastikan pasukan negara berada di landasan yang betul untuk menghadapi saingan yang akan datang.
“Tapi dulu walaupun ada campur tangan tapi pasukan tetap menghasilkan kejayaan. Sekarang lain, kalau ada campur tangan ia akan melemahkan lagi pasukan negara dan perkara itu perlu dihentikan.”
“Tapi saya percaya jurulatih baharu ini ada pendirian dan seorang yang lantang. Saya harap orang di luar janganlah sibuk dalam pengurusan pasukan, supaya juralatih itu boleh buat kerja sebaiknya,” katanya kepada Arena Metro.
Pan-gon yang berusia 53, telah dilantik dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan bulan lalu susulan kegagalan di Piala AFF di Singapura Disember lalu.