Cristiano Ronaldo Junior mengikuti jejak langkah ayahnya dengan meniru gaya ‘trademark‘ yang selalu dilakukan bintang Manchester United itu selepas menjaringkan gol.
Advertisements
Anak kepada bintang Portugal itu menjaringkan gol kelima buat Manchester United ketika menentang EF Girones dalam saingan Akademi Liga Perdana Inggeris Bawah 12 Tahun.
Advertisements
Pemain berusia 11 tahun ini juga berpengalaman beraksi bersama kelab-kelab ternama di Eropah seperti Real Madrid, Juventus dan kini Manchester United.
Advertisements
Sebelum ini, Cristiano Ronaldo juga ada memuat naik gambar di laman sosial Instagram dengan kata-kata “Present and Future” yang memberi makna yang tersirat.
Advertisements
Adakah anaknya benar-benar akan menjadi sepertinya pada suatu hari nanti?
Advertisements