Jaringan Terakhir Christian Atsu Sehari Sebelum Menjadi Mangsa Gemba Bumi Turki
TV
Goal
Advertisements

Kelab Hatayspor mendapat perkhabaran sedih hari ini iaitu bekas pemain sayap Newcastle United, Christian Atsu mati dalam tragedi gempa bumi Turkiye yang berlaku 12 hari yang lalu.

Bagi para penyokong Hatayspor, ia merupakan satu berita memilukan. Apatah lagi, selepas melihat Atsu menjaringkan gol kemenangan untuk kelab mereka pada minit ke-97 semasa perlawanan menentang Kasimpasa pada 5 Februari lalu.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium New Hatay, Antakya itu, bek tengah Burak Bekaroglu dijatuhkan pemain Kasimpasa di luar kotak penalti. Bekas pemain sayap Chelsea itu kemudiannya mengambil sepakan percuma yang tepat menembusi gawang yang dikawal penjaga gol Ertugrul Taskiran.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=mgdZxJMITTE

Seluruh stadium termasuk staf kejurulatihan kelab diketuai pengurus Volkan Damirel bersorak riang meraikan gol tersebut. Tiada siapa menyangka itulah juga kali terakhir mereka melihat Atsu.

Berita kematian pemain kebangsaan Ghana itu disahkan selepas pasukan penyelamat mengeluarkan mayatnya daripada runtuhan bangunan pada pagi waktu Turki (petang waktu Malaysia) hari ini.

Sebelum ini, ada berita mengatakan Atsu terselamat daripada tragedi itu tetapi dinafikan oleh Hatayspor dan ejennya. Kelab itu dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarganya dengan pengebumiannya akan diadakan di Ghana.

Advertisements

Selain Atsu, pengarah sukan Hatayspor Taner Savut juga dilaporkan hilang dalam tragedi tersebut. Savut dan Atsu tinggal di bangunan sama semasa tragedi gempa bumi itu berlaku.

Selain Chelsea dan Newcastle United, Atsu juga pernah beraksi dengan Al-Raed, Malaga, Bournemouth, Vitesse Arnhem dan Everton. Blues, Magpies dan Toffees telah memuatnaik ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain mereka itu di laman media sosial masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram