Jawatan Kosong ‘Urus Bola’ RM15k Gaji Ditawarkan
Dunia
Destimap
Advertisements

Menjelang musim baru Liga Malaysia, nampaknya bukan pemain bola sepak dan jurulatih saja yang menjadi buruan kelab-kelab. Malah, terdapat sebuah kelab dikatakan sedang mencari seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru bagi menerajui urusan harian kelab tersebut.

Iklan jawatan kosong untuk jawatan CEO itu mula tular di laman media sosial sebaik ia dikongsikan di laman sesawang pekerjaan JobStreet. Antara yang berkongsikan iklan tersebut ialah wartawan dan pengasas bersama portal Twentytwo13, Haresh Deol di Twitter.

Mengikut keterangan iklan, kelab tersebut sedang mencari individu yang mempunyai visi membentuk hala tuju pasukan. Selain itu, mereka juga mahu individu yang mahir dalam soal merangka pelan perniagaan bagi memperkukuhkan dana kewangan pasukan.

Advertisements

Bagaimanapun, tidak diketahui pasukan mana yang membuat iklan berkenaan. Satu-satunya perkara yang didedahkan ialah pasukan tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur.

Yang pasti, individu yang terpilih bakal mendapat gaji sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Diharapkan individu yang dipilih dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memimpin kelab tersebut mendepani saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram