JDT & 11 Pemain Berpisah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan seramai 11 orang pemain menjelang musim baharu akan datang.

Berita mengejutkan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial yang didahului ucapan terima kasih serta selamat maju jaya buat kesemua 11 pemain yang dilepaskan ini.

Antara pemain tersebut adalah dua orang penjaga gol senior dan berpengalaman, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi selain tonggak tengah, Safiq Rahim yang sudah bersama JDT sejak 2013.

7 orang pemain import iaitu Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murillo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes turut mengakhiri perjalanan bersama JDT.

Sementara seorang lagi pemain adalah Ramadhan Saifullah yang sudah pun melengkapkan perpindahan secara tetap ke Kuching City baru-baru ini menjadi pemain ke-11 yang tinggalkan skuad Harimau Selatan.

JDT ketika ini sudah pun memulakan sesi latihan pertama menjelang musim baharu akan datang dengan 3 pemain baharu, Antonio Glauder, Jairo Da Silva dan Ibrahim Manusi turut kelihatan.