JDT bakal berhadapan Visel Kobe dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL)
Dunia
Advertisements

Kelab Johor Darul Takzim (JDT) bakal bersaing menentang Visel Kobe dalam kumpulan G Liga Juara-Juara Asia bagi musim 2020.

Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia

Terdahulu, Visel Kobe telah dinobatkan selaku Juara Piala Maharaja Jepun 2019 selepas menewaskan Kashima Antlers dengan kemenangan 2-0 pada aksi final di Stadium Kebangsaan Tokyo.

Dua gol Visel Kobe yang dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain Kashima Antlers serta pemain Visel Kobe Noriyaki Fujimoto telah membawa Visel Kobe muncul juara sekaligus tiket automatik ke dalam kumpulan G yang turut disertai oleh kelab Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings dan kelab China Guangzhou Evergrande.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram