JDT Bakal Naik Taraf Dua Stadium
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menaik taraf dua buah stadium iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Stadium Larkin.

Perancangan itu dikongsikan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerusi satu komen di laman Instagram rasmi Johor Southern Tigers.

Baginda memaklumkan muka bangunan SSI akan dinaik taraf dan diberi nafas baharu. Selain itu, Stadium Larkin juga akan menjalani penaiktarafan termasuk dari segi kemudahan.

WhatsApp Image 2026 05 19 at 19.38.16 JDT Bakal Naik Taraf Dua Stadium

“Stadium SSI akan dinaik taraf, (naik taraf) muka bangunan baru. Stadium Larkin akan dinaik taraf, semua (kemudahan) baru,” katanya.

Usaha penaiktarafan ini dilihat sebahagian daripada usaha berterusan Tunku Ismail untuk menjadikan JDT sebagai sebuah organisasi sukan yang profesional dan tersusun bertaraf antarabangsa.

Selain perancangan menaik taraf dua buah stadium, JDT juga bakal memiliki sebuah pusat latihan baru. Ini selepas majlis pecah tanah projek tersebut disempurnakan Tunku Ismail pada Selasa.

Pusat latihan baharu itu akan dibina di kawasan seluas 39 ekar dan berhadapan dengan SSI. Projek dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan.

Sekiranya semua berjalan lancar, pusat latihan baharu JDT ini akan menjadi antara fasiliti latihan bola sepak paling moden di rantau Asia.

Claim Money Packet TnG