JDT Bakal Umum Penglibatan Khairy Jamaluddin Tak Lama Lagi

TMJ Khairy JDT Bakal Umum Penglibatan Khairy Jamaluddin Tak Lama Lagi
Johor Southern Tigers
Azri Haziq @azrihazq
12:55pm 15/02/2023

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tampil menjawab tentang tawaran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) JDT.

KJ yang baru memulakan tugas pertama sebagai DJ Radio Hot FM hari ini menjelaskan penglibatannnya di JDT akan diumumkan tak lama lagi.

Beliau akui skuad Harimau Selatan merupakan pasukan terbaik di Malaysia ketika ini dan Khairy menzahirkan penghargaan kepada TMJ atas kepercayaan membawa masuk beliau dalam keluarga JDT.

“Terima kasih TMJ kerana menjemput saya menjadi sebahagian JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. InsyaAllah, dalam masa terdekat kita akan umum penglibatan saya dalam JDT.”

More or less, dah boleh confirm. Perkara ini serius, bukan main-main. Dulu waktu umum saya jadi DJ Hot FM pun orang ingat main-main, tak serius,” kata Khairy seperti yang dipetik dari Majoriti.

“Tawaran tersebut agak konflik sikit sebab saya sokong Kedah dari dulu. Saya orang Kedah.”

Beliau dalam pada itu menjelaskan bahawa beliau mampu mengimbangi tugas sebagai DJ di konti radio dan penglibatannya bersama JDT.

“Saya boleh je (terima tawaran JDT), kita multi-tasking dengan tugas sebagai DJ,” tambah KJ.

Sebelum ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa Khairy Jamaludin bakal sertai JDT sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO). Kini desas desus tersebut telah terjawab dan hanya menunggu pengumuman rasmi dari JDT.