Ads
JDT Belanja Jutaan Ringgit Demi Penyerang Baharu?
Liga Super
Johor Southern Tigers

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dikesan berbelanja jutaan ringgit demi membawa masuk penyerang baharu pasukan tersebut, Jorge Obregon.

Advertisements

Obregon yang berusia 27 tahun telah diperkenalkan secara rasmi oleh JDT melalui pengumuman di laman sosial rasmi kelab tersebut pada Ahad.

Advertisements

Sebelum ini, telah tersebar khabar angin bahawa kemasukan Obregon ke JDT adalah menerusi proses tebus kontrak bersama bekas kelab Obregon di Croatia, HNK Rijeka.

Advertisements
Advertisements

Perkara tersebut telah didedahkan oleh wartawan dari Croatia, Ivica Medo melalui satu hantaran di laman X pada bulan lalu.

Difahamkan, JDT perlu membayar 500 ribu euro iaitu bersamaan RM 2.4juta bagi membawa Obregon ke skuad Harimau Selatan itu.

Advertisements

Hasil semakan dari laman Transfermarkt, JDT telah dikesan berbelanja 500 ribu euro untuk mendapatkan khidmat Obregon.

Untuk rekod, Obergon telah menjaringkan 17 gol dan 10 bantuan gol dalam 105 penampilan bersama Rijeka selaku penyerang utama pasukan.

Advertisements

Kehadiran Obregon ke JDT dijangka akan menambah sengat di bahagian serangan JDT yang kini turut dibarisi penyerang berbisa yang lain seperti Bergson, Romel Morales, Heberty dan Fernando Forestieri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram