JDT & Kedah Antara 6 Kelab Mohon Lesen AFC
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi antara enam kelab yang memohon lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Perkara ini dikongsikan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd.

Ad

“Kita ada enam kelab yang memohon pelesenan kelab AFC. JDT, Selangor, Sabah, Penang, Kedah dan juga Terengganu.

Ad

“Dan keenam-enam kelab ini hanya akan mengetahui status lesen AFC pada akhir Mac ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Secara ringkas, lesen AFC ialah lesen yang membenarkan kelab-kelab beraksi dalam pertandingan yang dianjurkan oleh AFC seperti Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

Kelab-kelab perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan MFL iaitu infrastruktur, personal & pentadbiran, undang-undang, kewangan dan perniagaan.

Ad

Lesen AFC hanya diberi untuk tempoh satu musim. Sekiranya ada kelab yang didapati melanggar peraturan atau tidak memenuhi syarat pelesenan, lesen mereka boleh ditarik balik.

Ad

JDT dan Selangor membawa cabaran Malaysia untuk saingan ACLE dan ACL2 musim 2025/26. JDT dan Selangor masing-masing layak ke ACLE dan ACL2 selepas muncul juara dan naib juara Liga Super.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments