Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengembangkan nama jenama pasukan itu dalam dunia permotoran apabila melancarkan produk minyak pelincir, JDT Lubricants.
Video pelancaran produk tersebut disiarkan di semua platform Johor Southern Tigers.
“Kami teruja untuk melancarkan JDT Lubricants — di mana prestasi tinggi bertemu dengan inovasi berkelas dunia.
“Datang dan tinjau di bilik pameran kami di Stadium Sultan Ibrahim dan rasai pelbagai jenis minyak pelincir yang direka buat motorsikal.
“Enjin anda berhak menerima yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.
Produk ini digunakan JDT Racing Team bagi menghadapi kempen Asia Road Racing Championship (ARRC) edisi 2024 dan 2025.
Saingan ARRC 2025 menyaksikan pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah sudah meraih podium sebanyak tiga kali termasuk di Sepang.