Sepanyol sekali lagi menjadi pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai destinasi pramusim 2026/27.
Ini selepas JDT memuat naik video pramusim pasukan itu di Alicante, Sepanyol pada tahun 2025. Ini disusuli dengan komen Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia ini, “Selamat datang ke Sepanyol.”
Ini disusuli hantaran Johor Southern Tigers yang menunjukkan pasukan itu sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Sepanyol.
Sepanyol bukan destinasi baharu pramusim JDT. Ini kerana pasukan itu pernah mengadakan pramusim di negara itu pada tahun 2024 dan 2025.
Sebelum ini, JDT pernah memilih Australia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai destinasi pramusim mereka. Australia menjadi lokasi pramusim Harimau Selatan pada 2015.
Thailand pula menjadi pilihan pramusim pasukan itu dari 2016 hingga 2019. Dubai dan Abu Dhabi pula menjadi pilihan JDT untuk kempen pramusim pada 2020, 2022 dan 2023.
Dua aksi pramusim di Sepanyol membabitkan JDT telah diumumkan setakat ini. Selain menentang FC Cartagena pada 31 Julai, JDT juga dilaporkan akan menentang kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.