JDT Tidak Terlibat Isu Akhyar Dan Kedah, Terselamat Dari Penggantungan 2 Tahun AFC
Dunia
JDT team celebrate after score against Kedah in the Malaysia Cup final match at National Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.
Advertisements

Sebelum ini telah tular melalui Facebook Setiausaha Agung KFA, Mohd Asmirul Anuar mengenai keputusan Asian International Arbitration Centre (AIAC) yang dirujuk sebagai Majlis Timbangtara yang berkeputusan memihak kepada Kedah FA mengenai isu perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah FA ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berhubung dengan keputusan Majlis Timbangtara tersebut, pihak JDT melalui Pengarah Teknikal JDT, Allistair Edwards telah menjelaskan bahawa pihaknya tidak terbabit dalam isu tersebut. Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikannya berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada waktu itu.

Penjelasan rasmi oleh Allistair Edwards di Facebook Johor Southern Tigers

Sehubungan itu, pihak JDT meminta agar tiada mana-mana pihak membuat spekulasi berhubung keputusan Majlis Timbangtara tersebut. Pihak JDT juga telah dimaklumkan oleh peguam JDT dan telah diberitahu bahawa kelab bukan sebahagian daripada kes ini dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan.

Advertisements

Menurut berita sebelum ini, Majlis Timbangtara telah memutuskan bahawa Akhyar Rashid perlu membayar kepada KFA sebanyak RM 210,000 sebagai menebus baki kontraknya ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram