JDT & UTM Jalin Kerjasama
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memantapkan aspek pendidikan pemain akademi mereka dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjasama ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Menerusi kerjasama ini, pelatih akademi Harimau Selatan berpeluang menyambung pengajian dalam Program Diploma Sukan Dan Kecergasan yang ditawarkan UTM.

Advertisements

Kerjasama ini membolehkan pemain-pemain akademi mengejar impian sebagai pemain bola sepak profesional tanpa melupakan pelajaran sebagai bekalan pada masa depan.

Pemain-pemain yang mengikuti program ini juga diberi pilihan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda.

Advertisements

Sebagai permulaan, seramai 27 orang pelatih berusia 18 tahun ke atas bakal mendaftar sebagai pelajar UTM bagi mengikuti program ini secara sepenuh masa.

Sebelum ini, JDT memiliki hubungan baik dengan UTM di mana pelatih akademi tinggal di asrama institusi berkenaan dan menggunakan kemudahan sukan yang ada di situ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram