Jepun Tewaskan Australia Untuk Layak Ke Piala Dunia 2022 Qatar

japan Jepun Tewaskan Australia Untuk Layak Ke Piala Dunia 2022 Qatar
Getty Images
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Jepun melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 Qatar apabila menewaskan Australia dalam pusingan ketiga Kumpulan B hasil 2 jaringan Kaoru Mitoma pada minit akhir perlawanan. Ini menandakan sudah kali ketujuh Jepun berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia.

Pemain sayap Union SG, Kaoru Mitoma menjaringkan gol pada minit ke 89 dan 90+4 perlawanan untuk memaksa Australia ke pusingan playoff bagi ke Piala Dunia. Jepun kini menduduki tangga pertama Kumpulan B manakala Arab Saudi pula ditangga kedua.

Getty Images

Pemain berusia 24 tahun, Mitoma masuk menggantikan bintang Liverpool, Takumi Minamino pada 5 minit akhir perlawanan.

Jepun tampil dengan formasi 4-1-4-1 dan meletakkan Asano sebagai penyerang utama manakala Australia pula bermain dengan formasi 4-4-2. Jepun kini mengutip 21 mata dengan 7 kemenangan dan 2 kekalahan.

Australia pula yang gagal menamatkan saingan di kedudukan lebih tinggi daripada tiga perlu memerah keringat apabila perlu bertanding diperingkat playoff. Selain Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi turut berjaya menempah tiket ke Piala Dunia 2022 Qatar.