Jersi Perak Dilengkapi ‘Alat Pengesan’ Ketulenan
Dunia
Perak FC
Advertisements

Semalam, Perak mengadakan majlis pelancaran jersi baru mereka bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2023. Rekaan jersi Perak bukan saja nampak menarik di mata tetapi turut mempunyai ciri istimewa iaitu ‘alat pengesan’ ketulenan.

‘Alat pengesan’ ketulenan yang dimaksudkan ialah kod QR pada jersi baru The Bos Gaurus. Pembeli yang mendapatkan jersi boleh saja mendaftarkan pemilikan jersi dengan mengimbas kod QR yang dinyatakan.

Cara ini bukan sekadar memberi sentuhan peribadi kepada para penyokong. Malah, ia memastikan jersi yang dibeli penyokong Perak ialah jersi asli.

Advertisements

Ini kerana jika kod QR yang diimbas pada jersi yang dibeli tidak menunjukkan apa-apa, ini bermakna jersi tersebut merupakan jersi tiruan.

Tindakan ini bukan saja menyelamatkan penyokong daripada ditipu semasa mendapatkan jersi baru skuad Seladang. Malah, ini juga memastikan penyokong mendapatkan jersi asli pasukan sekaligus meningkatkan aliran wang ke dalam kantung kewangan The Bos Gaurus.

Advertisements

Langkah sebegini nampak kecil tetapi secara tidak langsung menunjukkan komitmen XOX sebagai pemilik pasukan untuk menjaga hubungan dengan penyokong sebagai pemain ke-12 pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram