“Jika Dapat Ikut, Rezeki Kalian Di Sini” – Faisal Halim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim yakin masa depan skuad negara dalam tangan yang selamat.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon telah menyenaraikan 11 pemain daripada skuad b-23 negara bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tempoh hari.

Perkembangan ini menarik minat pemain lincah Selangor FC itu yang melihat terdapat muka-muka baharu yang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Beliau yang ditemui ketika sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM memberitahu bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan itu lebih menekankan aspek latihan kecergasan berdepan pasukan ke-77 dunia itu.

Hal ini susulan tiada aksi kompetitif yang diharungi oleh para pemain dalam tempoh hampir sebulan susulan saingan liga dihentikan.

Katanya, para pemain junior mula merasai kesukaran beraksi dalam latihan intensiti tinggi yang diterapkan oleh Pan-gon.

Advertisements

“Ramai juga pemain yang lebih muda daripada saya bertanya bagaimana kami boleh bermain dalam intensiti yang begitu tinggi.”

“Ini peluang buat mereka semua (pemain junior). Jika kamu dapat mengikuti, maka rezeki kalian di sini. Ini waktu untuk kalian menyinar,” jelasnya di Wisma FAM.

Harimau Malaya bagaimanapun tidak bernasib baik apabila tumpas kedua-dua aksi menentang anak didik Jaroslav Silhavy dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Skuad kebangsaan juga jatuh 6 tangga ranking FIFA dan kini berada pada kedudukan ke-138 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram