Advertisements
Jo Hyeon-Woo Tak Pandang Mudah Ancaman Malaysia
Asia
MakanBola
Korea Football Team

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo tidak mahu memandang mudah ancaman pasukan Malaysia.

Beliau mengakui perlawanan menentang Malaysia esok adalah satu tugas sukar. 

Walaubagaimanapun, penjaga gol Ulsan Hyundai itu percaya rakan sepasukannya sudah bersedia dari segala aspek untuk bertemu Malaysia. 

“Kami berada dalam motivasi terbaik, seperti Jurulatih kata, ia akan menjadi perlawanan yang susah akan tetapi kami sudah bersedia untuk mendapatkan keputusan yang positif

“Saya sentiasa bersedia, tidak kisah sama ada beraksi dalam kesebelasan utama ataupun tidak. Saya cuma mahu membantu pasukan sebaik mungkin,” katanya dipetik ketika sidang media perlawanan di Astro Arena.

Dalam pada itu, penjaga gol berusia 32 tahun itu sedar kemampuan jurulatih Kim Pan-gon yang mampu memberikan cabaran hebat kepada Korea Selatan. 

Beliau turut menyatakan bahwa pasukan Malaysia sangat ampuh dari segi sepakan percuma dan juga kelajuan yang dimiliki setiap pemain.

Namun, beliau dan rakan sepasukannya kekal komited untuk memberi tentangan hebat demi mendapatkan tiga mata penuh. 

“Saya tak pernah beraksi dibawa kendalian Kim Pan-gon. Tapi saya tahu dia seorang jurulatih yang bagus. Bola Sepak Malaysia bertambah baik dibawah pimpinanya.

“Malaysia bagus dalam sepakan percuma, mempunyai kelajuan dan apa yang penting bagaimana kita bersedia, bagaimana kami mempersembahkan corak permainan esok.

“Sebagai pemain saya akan memberikan 100% komitmen di atas padang untuk mendapatkan keputusan terbaik,” katanya lagi.

Skuad kendalian Jurgen Klinsman ketika ini hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan seterusnya. 

Malaysia akan bertemu Korea Selatan esok pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.