Advertising
Johor Motorsports Racing Jalin Kerjasama Dengan Chevrolet
UltraSukan
Johor Motorsports Racing

Johor Motorsports Racing (JMR) bakal menyahut cabaran tahun 2025 dengan menjalin kerjasama dengan pembuat kenderaan terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), Chevrolet.

Kerjasama ini menyaksikan Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Jefri Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bakal memandu Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan 2025.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan teka-teki siapa rakan teknikal baharu JMR untuk tahun 2025.

Ad

Sebelum ini, JMR menjalin kerjasama dengan Triple Eight Race Engineering dan Mercedes AMG sebagai rakan teknikal dalam arena sukan permotoran selama enam tahun.

Ad

Pengumuman ini turut menyaksikan JMR sebagai pasukan pertama di rantau Asia Tenggara yang menggunakan jentera Chevrolet.

“Saya masih ingat detik bila saya melangkah masuk ke ibu pejabat GeneraI Motors (GM) di Detroit untuk lawatan. Fasiliti mereka cukup mengagumkan dan saya cukup kagum dengan apa yang saya lihat. Semua orang dari keluarga GM bersikap mesra,” kata Tunku Jefri kepada Sportscar 365.

Ad
Ad

“Saya tak sabar untuk memulakan musim dan bekerjasama dengan pengilang baru kami. Kami gembira kerana kami menjadi pasukan pertama menggunakan Z06 di rantau ini terutama dengan dua kereta musim ini.

Ad

“Harapnya, ia akan menjadi permulaan kepada satu kolaborasi jangka panjang dan berjaya (buat kedua-dua pihak).”

Pengarah Kejuruteraan Pertandingan Permotoran GM, Mark Stielow menyifatkan kerjasama JMR dan Chevrolet bakal memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

“Kami merasa gembira melihat minat berterusan ke atas Corvette GT3 kami di seluruh dunia dan tidak sabar untuk membina hubungan ini dengan JMR,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Johor Motorsports Racing Team (@johor.racing)

“Ini memberi peluang dan liputan tambahan bukan saja untuk Corvette Racing tetapi juga untuk jenama Corvette dalam pasaran baru.”

Meskipun program perlumbaan tahun 2025 JMR tidak dinyatakan, saingan GT Asia bakal menjadi fokus mereka.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments